Kenyataan Media
Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
29 Januari 2023
1. Pelantikan saya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor datang dengan tanggungjawab yang sangat berat.
2. Saya berterima kasih atas kepercayaan YAB Presiden terhadap saya.
3. Saya juga sangat menghargai sumbangan besar YB Datuk Hasni Mohammad terhadap UMNO Johor.
4. Peralihan kepimpinan ini dilakukan untuk saya meneruskan kerja-kerja baik yang telah beliau laksanakan insyallah.
5. Keutamaan saya ialah untuk memastikan perpaduan dan kesatuan UMNO Johor tetap terpelihara.
6. Bukan sesekali untuk menguatkan mana-mana kelompok dan kumpulan, tetapi memulih, merawat dan membangunkan semula kekuatan UMNO.
7. Adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya. Terima lah ia sebagai pasang surut dalam perjuangan dan insyallah akan ada hikmah terpenting dari segalanya itu.
8. Saya menyeru semua pemimpin UMNO Johor bertaut kembali dan bermuafakat demi kelangsungan parti.
9. Insyallah, saya tidak akan menyisih dan meminggirkan sesiapa jua.
10. Semua bagi saya, adalah sahabat dan keluarga besar UMNO Johor yang akan dirai dan dihargai.
Dato Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor