Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024

Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024

Pada pagi ini YB Haji Baharudin Bin Mohamed Taib, ADUN Permas bersama YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Adun Tiram menghadiri Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024 di Dewan Hassan Abdullah, Tampoi.

Menyaksikan 45 orang ketua kampung yang dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim dan telah pun mengangkat sumpah serta melafaz ikrar sebagai ketua kampung baharu bagi penggal tahun 2023/2024.

Majlis Ikrar &Amp; Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024 - Berita
Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024 - 3, UMNOPG

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Fahmi bin Salam, Pentadbir Tanah Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru. Turut serta Kadi Daerah, As Sheikh Haji Suhaimi bin Rebu, CADO Pejabat Daerah Johor Bahru Ungku Zaffrin Ungku Zaman serta Imam Daerah Johor Bahru, Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Nazri bin Ali Al-Hafiz.

Daerah Johor Bahru terdiri dari 7 mukim iaitu mukim Bandar, mukim Tebrau, mukim Pulai, mukim Plentong, mukim Sungai Tiram, mukim Tanjung Kupang dan mukim Jelutong yang meliputi 45 buah kampung induk dimana mukim Plentong adalah mukim terbesar di dalam Johor Bahru.

Berikut adalah ketua-ketua kampung daripada UMNO Bahagian Pasir Gudang :
1. DAUD BIN SAAD (Tok Daud), Ketua Kampung Pasir Gudang Baru
2. ABD RAHIM BIN MOEN (Tok Rahim), Ketua Kampung Senibong
3. MOHAMAD ALHAD BIN NGADIMON (Tok Alhad), Ketua Kampung Kuala Masai
4. INDRAPUTRA BIN HJ IBRAHIM (Tok Ai), Ketua Kampung Baru Masai
5. IBRAHIM BIN ISMAIL (Tok Yem), Ketua Kampung Melayu Pandan
6. ROSLAN BIN HASSAN (Tok Lan), Ketua Kampung Maju Jaya

Majlis Ikrar &Amp; Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024 - Berita
Majlis Ikrar & Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Kampung Daerah Johor Bahru Penggal 2023-2024 - 4, UMNOPG
Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top