Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 – Kementerian Pendidikan Tinggi

Perutusan Tahun Baharu 2023

Pada hari ini, Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin telah membentangkan Perutusan Tahun Baharu 2023 di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi berkenaan rencana bagi mengurus Kementerian Pendidikan Tinggi dan sektor pendidikan tinggi nasional.

Naib Presiden UMNO itu juga berkata adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengembali dan memulihkan kepercayaan kepada sektor pendidikan tinggi negara. Kepercayaan akan menjadi nilai terpenting dan rakyat Malaysia mesti percaya kepada sistem pendidikan tinggi negara.

Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 - Kementerian Pendidikan Tinggi - Berita
Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 - Kementerian Pendidikan Tinggi - 3, UMNOPG

Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga adalah Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu telah telah menggariskan, antara lain, 11 perkara fokus yang akan diutamakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi tahun 2023 :

1. Memastikan agenda dan dasar KPT selari dengan aspirasi nasional iaitu membangunkan negara yang madani.

2. KPT akan bersikap profesional, adil, objektif dan tidak politikal dalam menguruskan sektor pendidikan tinggi.

3. Menilai semula kedudukan KPT secara keseluruhan dari segi kemampuan, prestasi pencapaian mahupun misi masa depan.

4. Memperkukuh kekuatan sumber intelektual Malaysia.

5. Membuat persediaan mengurus pelbagai perubahan dan ledakan teknologi.

6. Memperkukuh peranan Malaysia sebagai ‘titik temu’ yang menarik kedatangan pelajar, penyelidik dan bakat global.

7. Melakukan rombakan besar-besaran terhadap sistem dan ekosistem TVET nasional.

8. Memastikan kepentingan IPTS dalam sektor pendidikan tinggi dengan membantu IPTS melebarkan pengaruh pendidikan tinggi ke seluruh dunia.

9. Kualiti dan kecemerlangan akademik.

10. Memperbaiki akses dan rejim pembiayaan pendidikan.

11. Pemerkasaan mahasiswa.

Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 - Kementerian Pendidikan Tinggi - Berita
Majlis Perutusan Tahun Baharu 2023 - Kementerian Pendidikan Tinggi - 4, UMNOPG

Bagi pihak KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin juga berharap agar 11 perkara fokus ini dapat dijayakan agar pendidikan tinggi negara dipercayai semula dan semua pihak perlu bersungguh-sungguh melakukan segala perubahan yang diperlukan.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top