Selamat Hari Kebangsaan Ke-69: Semangat HANRUH Tanggungjawab Bersama, Kata Khaled Nordin

Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, mengingatkan bahawa tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan negara bukan sahaja terletak pada Angkatan Tentera Malaysia, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama seluruh rakyat, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada 31 Ogos 2026.

Dalam kenyataannya, beliau berkata 69 tahun lalu, sebuah negara merdeka lahir daripada perjuangan, pengorbanan, air mata dan darah generasi terdahulu, dan hari ini tanggungjawab rakyat adalah memastikan kemerdekaan terus dipertahankan serta kedaulatan negara tidak sesekali tergugat.

“Dalam dunia yang semakin kompleks, pertahanan negara bukan hanya bergantung kepada kekuatan ketenteraan. Inilah semangat Pertahanan Menyeluruh atau HANRUH, yang menuntut negara yang kukuh, masyarakat berdaya tahan dan rakyat yang bersatu,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia yang terus berkhidmat mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, sambil menegaskan kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi mesti dipelihara, dipertahankan dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top