Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang menggantikan tempat Datuk Seri Hasni Mohamad selepas digugurkan dari jawatannya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Menurut kenyataan media Setiausaha Agung UMNO, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang diadakan pada semalam.
Datuk Seri Hasni Mohamad yang juga sebagai Ketua UMNO Bahagian Pontian dilantik menerajui UMNO Johor pada tahun 2018 dan kemudiannya menjadi Menteri Besar Johor ke 18 pada tahun 2020 sehingga Pilihan Raya Negeri yang lalu.