Berlegar satu posting dari sebuah fake account cuba untuk menyebarkan info palsu dan cubaan mengucar-kacirkan bantuan yang sedang giat dijalankan oleh UMNO Bahagian Pasir Gudang.
1. Semua permohonan bantuan barangan keperluan barangan dapur hendaklah melalui Cawangan-Cawangan dalam UMNO Bahagian Pasir Gudang.
2. Cawangan-Cawangan sendiri yang akan mengenal pasti penerima daripada golongan dan keluarga yang layak menerima bantuan. Keluarga yang memerlukan bantuan juga diminta menghubungi Cawangan di kawasan tersebut untuk permohonan bantuan.
3. UMNO Bahagian Pasir Gudang TIDAK pernah meminta orang ramai datang ke pejabat untuk mengambil barangan tersebut, sebaliknya agihan akan dijalankan oleh setiap Cawangan kepada keluarga yang layak.
4. Tindakan menyeru orang ramai ke Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang hanya cubaan untuk menghuru-harakan keadaan dalam tempoh PKP Fasa Tiga.
Dikala UMNO Bahagian Pasir Gudang dilihat lebih aktif membantu rakyat, wujud individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak senang melihat usaha UMNO ini.