119 KES PULIH 110 KES BARU DAN 1 KEMATIAN

16 APRIL, Sebanyak 119 kes pulih setakat ini pesakit pulih hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,766 kes.

110 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 5,182 kes. 

Dengan mengambil kira pesakit yang sudah pulih, kes aktif yang sedang dirawat ketika ini ialah 2,332 kes. Seramai 56 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala kes kematian ke-84 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi. 

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top