TUNJUKKAN TAULADAN YANG BAIK

“Di negara lain seperti New Zealand, menteri kesihatannya letak jawatan kerana melanggar peraturan ‘lockdown’, begitu juga orang awam di negara masing-masing melahirkan kemarahan kepada menteri perumahan UK (United Kingdom) dan menteri komunikasi South Afrika (Afrika Selatan) atas sebab yang sama. 

“Kita tidak mahu ada peraturan-peraturan yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan tauladan,” tulis beliau dalam satu hantaran di laman sosial Instagramnya, hari ini.

Naib Presiden Umno yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Mohamed Khaled Nordin membidas tindakan Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali yang disifatkan tidak menunjukkan teladan baik dengan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Bukan sebarang timbalan menteri tetapi timbalan menteri kesihatan, tidak menunjukkan contoh teladan yang baik dalam masa PKP ketika ini.” Tambahnya lagi.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top