Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia di Kementerian Pertahanan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mengukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Pertemuan itu turut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama pertahanan pada masa hadapan, sejajar dengan hubungan baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Turkiye dalam pelbagai bidang.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin


