Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, menegaskan prinsip ASEAN Centrality kekal menjadi asas kepada usaha memelihara keamanan dan kestabilan rantau, sempena penyertaan beliau pada 37th Annual International Military Law and Operations Conference (AMLC) yang membincangkan pelbagai isu berkaitan undang-undang dan operasi ketenteraan serantau.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan dialog dan kerjasama antara negara-negara ASEAN sebagai landasan utama bagi memastikan rantau ini terus aman, stabil dan makmur di tengah landskap keselamatan serantau yang semakin kompleks.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin


