Hari Pahlawan 2026: Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama, Bukan Eksklusif Pasukan Keselamatan

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, mengingatkan bahawa setiap 31 Julai, negara memperingati jasa dan pengorbanan para pahlawan serta perwira yang telah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air, dengan keberanian dan pengorbanan mereka menjadi asas kepada keamanan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini.

Bagi pihak Kerajaan, Kementerian Pertahanan dan seluruh rakyat Malaysia, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta para veteran atas khidmat dan pengorbanan mereka kepada negara.

“Pengorbanan para pahlawan mengajar kita bahawa mempertahankan negara ialah tanggungjawab bersama, bukan tanggungjawab eksklusif pasukan keselamatan. Inilah semangat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH),” katanya, menegaskan rakyat tidak perlu mengangkat senjata, sebaliknya setiap individu mempunyai peranan untuk menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menyokong pasukan keselamatan.

Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top