..."/>

PERPADUAN CAWANGAN KEKUATAN UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG

IMG_20160212_230849

12 FEBRUARI, Taman Air Biru – “Rakyat boleh marah kepada saya, tapi jangan marahkan parti” kata Menteri Besar Johor yang juga merupakan ADUN Permas serta Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang sempena program perjumpaan bersama ketua-ketua cawangan di sekitar Zon Air Biru.

“Cawanganlah yang menggerakkan bahagian dan seterusnya diperingkat bahagian akan membawa ke perhubungan negeri kemudian barulah kerajaan negeri yang diperintah parti UMNO akan membawa semua suara dan diterjemahkan ke bentuk pentadbiran” katanya

Beliau menyatakan bahawa perpaduan sedia ada dalam peringkat negeri, bahagian dan cawangan perlulah dijaga dan dikekalkan demi kesejahteraan rakyat Johor. Walau pelbagai isu dan persepsi negatif yang timbul di peringkat nasional ia seharusnya tidak memecahbelahkn perpaduan sedia ada. Malah seharusnya pimpinan rakyat sedia ada bersama rakyat membantu mengukuhkan perpaduan tersebut.
Sememangnya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing namun perbezaan pandangan ini tak seharusnya menyebabkan kita berpecah.

Jangan termakan persepsi negatif yang sering dimarakkan pihak pembangkang. Kalau bukan kita yang mengukuhkan perpaduan, siapa lagi yang akan kita harapkan.

Top