11 FEBRUARI 2016 – Antara usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat melalui pembinaam rumah mampu milik, tambang bas percuma, IMCOOP kedai harga patut dan konsep pertanian bandar sememangnya menjadi mekanisme terbaik buat rakyat Johor.
Dalam perjumpaan Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor merangkap ADUN Permas dan Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang bersama ketua ketua cawangan di Permas Jaya, beliau mendengar segala keluh kesah rakyat Johor khususnya di kawasan sekitar Permas Jaya lebih lebih lagi dalam usaha menangani kos sara hidup yang kian meruncing.
Dalam ucapan beliau juga, beliau sentiasa mengingatkan rakyat agar percaya bahawa kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri penting demi kesejahteraan rakyat Johor khususnya. Segala polemik dan isu yang melanda negara saat ini wajarlah diselesaikan secara aman dan damai selaras dengan budaya rakyat Johor yang ‘menurut biar berakal, membantah biar beradab’