KETUA CAWANGAN UMNO PERJIRANAN 9 PROAKTIF HAL KEBAJIKAN MASYARAKAT SETEMPAT

6 Januari 2016. – Pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), En Mohd Khairul Amil Bahagian Pasir Gudang, wakil Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Ketua Cawangan UMNO Perjiranan 9, En Ed Bela telah berkunjung ke rumah Puan Ruslaini Bte Awang , di Flet SCDC, TMN AIR BIRU, PASIR GUDANG.

Antara sumbangan yang disampaikan ialah Voucher Pakaian Sekolah kepada anak lelakinya yang berumur 14 tahun yang bersekolah di SMKPG 3 dan anak keduanya berumur 10 tahun bersekolah di SKPG 3.
Puan Ruslaini menafikan satu kes viral di laman sosial mengenainya yang menyatakan beliau tidak mendapat mana-mana bantuan sebelum ini kerana YB Ahli Parlimen Pasir Gudang, Puan Hajah Normala Binti Samad baru menyampaikan bantuan persekolahan kepada anak-anaknya sebelum bermulanya sesi persekolahan.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatian semua terutama UMNO Bahagian Pasir Gudang, Majlis Agama Islam Johor dan UMNO Cawangan Perjiranan 9.

Jika ada sebarang bantuan yang ingin disalurkan boleh terus ke kediaman Puan Ruslaini Binti Awang yang beralamat di BLOK 51 NO 3 SCDC FLAT TMN AIR BIRU 81700 P.GUDANG JOHOR. HP : 0137316937.

#MuafakatJohor
#SejahteraPasirGudang

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top