7 Januari 2016 – Sumbangan telah disampaikan kepada Puan Siti Noriana Binti Md Napian untuk anak lelaki beliau Mohammad Zaiqif Iskandar Bin Zaihudin yang menghidap sakit usus.
Menurut ibunya, Zaiqif yang baru berusia 2 bulan terpaksa berulang alik ke hospital selepas ususnya gagal berfungsi dengan normal.
Pihak Jabatan Agama Islam Johor (MAIJ) juga telah menyalurkan bantuan bersama UMNO Bahagian Pasir Gudang sepertimana yang dimuat naik melalui laman Facebook Majlis Agama Islam Johor sebelum ini.
Mudah-mudahan bantuan yang diberikan sebelum ini dan akan datang dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh Puan Noriana.