SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SMK DATO PENGGAWA TIMUR

20160109_115858

20160109_112617

9 Januari 2016 – Kejayaan seseorang pelajar bergantung pada bagaimana sekolah dapat melahirkan modal insan yang akan terus memacu Negara.

Fokus pendidikan dan penekanan kerajaan pada pelajar dan insan yang benar-benar ingin menimba ilmu membuatkan ramai orang di Malaysia mampu bekerja di luar negara dengan bayaran gaji lumayan dan tinggi seperti di Arab dan negara-negara lain di dunia.

Penterjemahan dasar dan perlaksanaan bermula di peringkat sekolah seperti mesyuarat PIBG bagi mengkaji perlaksanaan samada dasar yang diterapkan relevan untuk dilaksanakan bersesuaian dengan tahap pemikiran anak-anak supaya ianya lebih terperinci.

Kerjasama semua pihak dan penerapan nilai permuafakatan yang tinggi seperti di Johor akan membuat negara akan menjadi kuat dan matlamat akan dijayakan bersama.

Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, sebagai wakil rakyat di Pasir Gudang dan Menteri Besar, pelbagai usaha digembleng untuk membantu pelajar yang kurang dalam bidang akademik akan diberi peluang untuk menceburi bidang kemahiran. Mereka tidak lagi akan rasa tersisih dengan arus perdana yang semakin pesat dan ia juga melibatkan bidang Teknikal.

Pembangunan Hab Pendidikan hanya di johor sahaja, dan Hab Kemahiran akan dibina di Kulai dengan peruntukan sebanyak RM 10 JUTA bagi membiayai semua anak Johor untuk subsidi sebanyak RM 2 ribu seorang dan ia adalah percuma pada pelajar. Semua bidang memerukan kemahiran seperti pentadbiran ekonomi mahupun perlancongan.

Sains, kejuruteraan, matematik ialah subjek utama untuk pembangunan negara. Naiktaraf makmal seperti yang dimohon oleh pihak sekolah akan dibantu oleh kerajaan negeri sebanyak RM 200 ribu kerana sekolah SMK Penggawa Timur ini merupakan sekolah yang melahirkam ramai pelajar dalam bidang tersebut.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top