PROGRAM BANTUAN SUBSIDI TAMBANG BAS SEKOLAH YAYASAN PASIR GUDANG

Atas inisiatif Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, satu bentuk bantuan kepada masyarakat Pasir Gudang dalam meringankan beban ibu bapa bagi menghantar anak mereka ke sekolah, satu Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah bakal dilaksanakan pada tahun 2016.

Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah 2016 adalah satu bentuk bantuan di mana Y.A.B. Dato’ Mohamed Khaled Nordin, melalui YPG akan menaja separuh pembayaran yuran tambang bas sekolah bagi pelajar yang menaiki bas sekolah untuk ke sekolah sekitar wilayah MPPG selama tempoh persekolahan 2016. Hanya 3 orang yang layak dipilih untuk satu keluarga dan terhad untuk 200 orang. Pemohon juga mestilah berpendapatan RM 350-400 perkapita sekeluarga.

Bantuan ini disasarkan kepada golongan sederhana & kurang berkemampuan sekitar wilayah MPPG bagi meringankan beban keluarga terhadap anak mereka yang bersekolah. Bagi mereka yang ingin memohon boleh terus menghubungi YPG (07-254 7814) atau Pengurus Yayasan Pasir Gudang En Mohamad Shahrul Akmal (0178777202) dan mendapatkan borang di pejabat YPG, Aras 2, Menara Aqabah, MPPG.

Pembayaran subsidi tambang bas sekolah bermula Februari sehingga tamat sesi persekolahan 2016.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top