Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kekuatan Barisan Nasional (BN) di Kota Tinggi terus terserlah hasil kesatuan kepimpinan dan jentera parti yang sentiasa bergerak bersama rakyat di peringkat akar umbi.
Kenyataan itu dibuat susulan siri aktiviti dan majlis yang dihadiri beliau bersama barisan kepimpinan BN Kota Tinggi baru-baru ini, yang turut menyaksikan penglibatan aktif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan sekitar Kota Tinggi.
Beliau menegaskan kekuatan sesebuah bahagian parti bergantung kepada keupayaan kepimpinan dan jentera untuk terus dekat dengan rakyat serta mengutamakan kepentingan masyarakat setempat dalam setiap gerak kerja yang dijalankan.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin


