Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, meluangkan masa menziarahi rakan sejawatnya, TYT Donaciano do Rosário da Costa Gomes, Menteri Pertahanan Timor-Leste, yang sedang menerima rawatan perubatan di Malaysia.
Dalam lawatan hormat itu, Khaled Nordin mendoakan agar Menteri Pertahanan Timor-Leste itu diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalani rawatan dan dapat kembali sihat untuk bertugas seperti sediakala.
Lawatan ziarah ini mencerminkan hubungan baik dan semangat kejiranan serantau antara Malaysia dan Timor-Leste dalam kalangan negara-negara ASEAN.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin


