Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, mengingatkan bahawa sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran Rasulullah SAW, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui amalan dan akhlak dalam kehidupan seharian umat Islam.
Dalam kenyataan sempena sambutan Maulidur Rasul, beliau menegaskan kecintaan kepada Rasulullah SAW mestilah dizahirkan bukan sekadar melalui ingatan terhadap kelahiran Baginda, tetapi turut diterjemahkan melalui perbuatan yang mencerminkan sunnah dan akhlak mulia Baginda dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin


