Majlis Kesyukuran BN Pasir Gudang Sambut Kemenangan DUN Permas dan DUN Johor Jaya

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkesempatan hadir ke Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Pasir Gudang sempena kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas dan DUN Johor Jaya, yang diadakan di Puncak Kasih, Pasir Gudang.

Majlis kesyukuran itu turut dihadiri kepimpinan dan jentera Barisan Nasional Pasir Gudang yang terlibat secara langsung dalam usaha memenangi kedua-dua kerusi DUN berkenaan, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan parti di peringkat bahagian.

Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top