Malaysia-Kemboja Sepakat Perkukuh Kerjasama Pertahanan Praktikal, Kata Khaled Nordin

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Kemboja, TYT Jeneral Tea Seiha, sepanjang lawatan rasmi dua hari beliau ke Kemboja.

Menurut Khaled Nordin, Malaysia melihat Kemboja sebagai negara sahabat dan rakan penting dalam ASEAN, dan atas semangat itu, kedua-dua negara komited untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan yang praktikal, bermakna dan saling memberi manfaat, sekali gus menyumbang kepada ASEAN yang lebih kukuh, bersatu dan berdaya tahan.

Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai landskap keselamatan serantau yang semakin kompleks, termasuk perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), ancaman siber serta “cognitive warfare” yang menuntut kerjasama lebih erat dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Khaled Nordin turut menyatakan harapan agar gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand dapat terus dikekalkan, sambil mengalu-alukan perkembangan MoU Kerjasama Pertahanan Malaysia-Kemboja yang kini berada pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan, dengan harapan dapat dimeterai sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Filipina kelak.

Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top