Program Ambang Bulan Kemerdekaan di Kampung Gembut Cerminkan Semangat Komuniti

Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kemeriahan Program Ambang Bulan Kemerdekaan anjuran UMNO Cawangan Gembut Luar, Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Gembut dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gembut menjadi cerminan kuatnya semangat komuniti di kampung tersebut.

Program yang dilaksanakan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, YB Muszaide Makmor, serta kepimpinan dan penduduk setempat itu berlangsung di Bilik Gerakan KRT Kampung Gembut, sempena menyambut bulan kemerdekaan negara.

Sumber: Facebook rasmi Khaled Nordin — https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top