Masyarakat India Bersiap Sambut Perayaan Deepavali

Bersempena dengan semaraknya perayaan Hari Deepavali yang semakin hampir, Yayasan Pasir Gudang telah memberi sumbangan istimewa yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perumahan Pangsapuri Tasek 64, Bandar Seri Alam.

Masyarakat India Bersiap Sambut Perayaan Deepavali - Berita
Masyarakat India Bersiap Sambut Perayaan Deepavali - 3, UMNOPG

Seramai 100 orang penerima terpilih dari pelbagai kawasan Zon di Pasir Gudang telah menerima sumbangan berupa bakul makanan dan peralatan penting sebagai persediaan menyambut perayaan Hari Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi, untuk dirayakan bersama keluarga tercinta.

Sumbangan tersebut disampaikan secara langsung oleh Encik Inderaputra bin Haji Ibrahim, yang merupakan wakil rasmi YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permas dan merangkap sebagai Pengerusi Yayasan Pasir Gudang. Beliau turut dibantu oleh Encik Krishnan A/L Muniandy, Ahli Majlis MBPG.

Masyarakat India Bersiap Sambut Perayaan Deepavali - Berita
Masyarakat India Bersiap Sambut Perayaan Deepavali - 4, UMNOPG

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran Encik Guru Naidu A/L Subramaniam dan Encik Yong Kok Leong, yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang. Selain itu, turut hadir Ahli Majlis MBPG dan para Ketua-ketua Kampung.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada masyarakat India yang akan menyambut Hari Deepavali. Inisiatif ini adalah sebagai wujud kepedulian Yayasan Pasir Gudang terhadap kepelbagaian budaya dan keperluan setiap komuniti di kawasan ini.”

Acara sumbangan Hari Deepavali ini membuktikan keperihatinan dan kepedulian kepada keperluan masyarakat, serta semangat toleransi dan keharmonian antara pelbagai lapisan masyarakat di Pasir Gudang.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top