Usaha Pembesaran Sungai Beri Harapan Atasi Banjir di Masai

Mengambil langkah proaktif berkenaan dengan tragedi banjir sebelum ini di kawasan Masai, YB Baharudin bin Mohamed Taib telah mengadakan satu mesyuarat bersama Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor bagi membincagkan situasi dan mencari jalan penyelesaian situasi banjir yang sering melanda kawasan Masai.

Usaha Pembesaran Sungai Beri Harapan Atasi Banjir Di Masai - Berita
Usaha Pembesaran Sungai Beri Harapan Atasi Banjir di Masai - 2, UMNOPG

Pada perbincangan tersebut, pihak JPS bersetuju untuk menjalankan usaha pembesaran Sungai Masai, khususnya di kawasan berhampiran Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur dan Kawasan Masjid Masai bagi melancarkan aliran air ketika hujan lebat serta meningkatkan kapasiti sungai untuk menampung jumlah air yang lebih besar.

Komitmen dari pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri terhadap keselamatan dan kesejahteraan penduduk menjadi fokus utama dalam usaha pencegahan banjir di masa akan datang.

Usaha ini merupakan salah satu dari beberapa langkah yang diambil bagi memastikan keseimbangan alam sekitar terpelihara serta keselamatan masyarakat diutamakan.

Diharapkan, usaha ini akan memberi kelegaan kepada penduduk tempatan dan mengurangkan ketakutan akan tragedi banjir yang sering kali menyebabkan kerosakan harta benda serta kesulitan kepada masyarakat setempat. Langkah-langkah seterusnya akan dijalankan dengan teliti bagi memastikan kesan positif dapat dirasai oleh penduduk Masai dan kawasan sekitarnya.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top