Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bakal berlangsung pada 7 Oktober ini, pengundi di kawasan tersebut dinasihati agar berhati-hati dalam memilih wakil rakyat mereka dengan menitikberatkan hubungan mereka dengan kerajaan negeri dan persekutuan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau menyeru agar pengundi Pelangai mempunyai wakil rakyat yang berhubung baik antara kerajaan negeri dan persekutuan akan menjadi penghubung kepada pelaksanaan program serta dasar kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Pelangai.
“Dari aspek geografinya, Pelangai adalah kawasan yang jauh dengan pusat pentadbiran negeri di Kuantan serta Putrajaya. Jadi, kalau dah dalam keadaan sedemikian, biarlah jarak sahaja menjadi pemisah, jangan pilih wakil rakyat yang semakin menjauhkan lagi Pelangai dengan kerajaan,” katanya di Program Semarak Siswa MADANI Pahang di Dataran Simpang Pelangai pada Ahad.
PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat, dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni. Pilihan raya ini dijangka menjadi medan pertempuran yang sengit, dengan pengundi Pelangai diminta untuk membuat keputusan yang bijak dalam memilih wakil rakyat yang akan mewakili mereka di DUN.