Noor Azleen Ambros, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang merangkap Pegawai Tugas Tugas Khas Kementerian Pendidikan Tinggi, telah menyerahkan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada sebahagian daripada 362 calon mahasiswa dari Pasir Gudang yang menerima tawaran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masing-masing.
Penyerahan WPP ini dilakukan pagi tadi, dan calon-calon tersebut akan mula mendaftar di IPTA pada hujung minggu ini.
Program WPP yang disediakan oleh PTPTN adalah sebagai usaha membantu calon mahasiswa dari keluarga yang berkelayakan untuk membuat persiapan awal dan menangani perbelanjaan awal sebelum memulakan pengajian di IPT. Setiap calon menerima jumlah RM1,500 sebagai bantuan dari PTPTN.
Ketua Pemuda UMNO Johor itu berharap pendekatan ini akan memastikan bahawa tiada calon mahasiswa yang terhalang daripada mengejar impian mereka akibat masalah perbelanjaan, dan semoga mereka dapat mencapai matlamat dan cita-cita masing-masing.