Kenyataan Media: BPUNJ

KENYATAAN MEDIA UMNO JOHOR - 5 SEPTEMBER 2023

    KENYATAAN MEDIA: Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor


    • Seluruh warga UMNO Johor menzahirkan setinggi – tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas keputusan Yang Arif Dato’ Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur yang telah memberhentikan pendakwaan kesemua baki 47 kes pertuduhan terhadap YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO.
    • Keputusan ini jelas membuktikan bahawa tuduhan – tuduhan yang dibuat selama ini merupakan suatu bentuk penganiayaan dan pendakwaan politik terpilih oleh pihak yang mahu mencalarkan imej Institusi Presiden dan Parti UMNO.
    • Keputusan ini memberi makna besar kepada seluruh ahli dan keluarga UMNO yang mana ia telah menoktahkan segala bentuk penganiayaan dan sekaligus membersihkan nama baik YAB Presiden dan UMNO khususnya.
    • Justeru itu, UMNO Johor mengutuk sekeras – kerasnya tindakan penganiayaan ini dan menggesa agar pihak yang menzalimi YAB Presiden diambil tindakan yang sewajarnya.
    • Keputusan ini juga sekaligus memberi satu petanda kemenangan yang amat bermakna kepada seluruh ahli UMNO khususnya UMNO Johor yang mana ia sekaligus dapat membuka mata rakyat dan menjernihkan sentimen pertuduhan yang bersifat penganiayaan.
    • UMNO Johor beriltizam dan sebulat tekad untuk sentiasa berdiri teguh mempertahankan institusi Presiden serta bersama – sama YAB Presiden untuk mengembalikan semula kegemilangan dan kepercayaan orang Melayu terhadap parti keramat UMNO nan satu ini.

    Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
    Pengerusi
    5hb September 2023

    Facebook
    WhatsApp
    Telegram
    Twitter
    Pinterest
    Scroll to Top