Naib Presiden UMNO Malaysia, Dato Seri Mohamed Khaled Bin Nordin telah mengadakan pertemuan dengan Veteran-Veteran UMNO Bahagian Bakri hari ini. Beliau telah memberikan penjelasan kepada para veteran mengenai beberapa perkara khususnya berkaitan dakwaan yang tidak benar dan salah terhadap parti.
Baru-baru ini, pembangkang sering memainkan isu agama Islam dan bangsa Melayu yang kononnya terancam di bawah Kerajaan Perpaduan. Padahal, perkara ini tidak benar sama sekali kerana Perlembagaan masih melindungi kedudukan orang Melayu dan Islam. Malah, asas pembentukan Kerajaan Perpaduan oleh UMNO adalah untuk memperjuang dan membela agenda Melayu dan Islam.
Setakat ini, tidak ada apa-apa yang mengancam atau menggugat perkara ini dan ia hanya berdasarkan persepsi sahaja. Dakwaan serupa juga pernah dibuat terhadap Presiden UMNO.
Dato Seri Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga adalah Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang menekankan bahawa UMNO perlu memastikan kerajaan ini terus diperkukuh dan dimantapkan. Jangan sia-siakan undi pada calon yang hanya memberi janji kosong. UMNO perlu wakil rakyat yang seiring dengan kerajaan Negeri dan Pusat untuk memudahkan penyelesaian isu dan pembangunan kawasan.
Hasrat ini tidak akan tercapai tanpa sokongan ahli-ahli UMNO. Oleh itu, UMNO perlu berusaha keras membantu calon daripada Kerajaan Perpaduan, Ir. Nazri Abdul Rahman untuk dipilih sebagai ADUN Simpang Jeram pada 9hb nanti.
Sumber rujukan: FB Rasmi Dato Seri Mohamed Khaled Nordin