Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Pendidikan Tinggi meluangkan masa seharian menghadiri Program Ibadah Qurban anjuran Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Jamuan Hari Raya Aidil Adha anjuran UMNO Caw. Taman Mawar serta UMNO Caw. Taman Megah Ria 2.
Program yang dihadiri oleh para pemimpin serta masyarakat tempatan ini bukan sahaja dapat menghayati hikmah dalam mengerjakan ibadah qurban, tetapi ia juga dapat memupuk semangat muafakat dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.
Semoga dengan penganjuran program seperti ini, kita dapat memperoleh manfaat dan keberkatan atas nikmat dan kurnia-Nya, Insya-Allah.