Perhimpunan Agung UMNO Berjalan Lancar

Perhimpunan Agung UMNO 2023, yang berlangsung dengan lancar mendapat sokongan yang kuat dikalangan perwakilan menunjukkan penyatuan dalam kalangan ahli parti. Persidangan tersebut dihadiri oleh perwakilan dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara dan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Perhimpunan bermula dengan perasmian serentak Perhimpunan Wanita, Pergerakan Pemuda, dan Puteri UMNO Malaysia oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Pada hari berikutnya, perbahasan dijalankan oleh perwakilan dari sayap-sayap parti, dengan fokus pada memperkasa peranan mereka dalam membangunkan parti.

Puncak perhimpunan adalah upacara rasmi pada hari Jumaat, yang melibatkan pengibaran bendera ‘Sang Saka Bangsa’ di Plaza Merdeka. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyampaikan ucapan Dasar Presiden bagi halatuju parti. Setelah itu, perwakilan dari setiap negeri secara bergilir menyampaikan perbahasan mereka, yang memberikan pandangan dan cadangan untuk menguatkan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tinjauan UMNO Online mendapati bahawa kebanyakan perwakilan yang hadir merasa bersyukur dan terinspirasi oleh ucapan penggulungan Presiden, terutama dalam konteks kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan. Ucapan Presiden memberikan gambaran yang jelas mengenai arah parti dan kerjasama politik yang dikejar.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top