Pasir Gudang, 27 Mei 2023 – Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang mengadakan Program Semarak Kasih Sekalung Budi Aidilfitri 2023 yang berlangsung dengan meriah pada hari Sabtu. Acara tersebut merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuh dan memperkembangkan peranan serta sumbangan Wanita UMNO dalam memperkuatkan parti.
Dalam acara yang dihadiri oleh ketua serta naib ketua wanita cawangan itu jelas menunjukkan kesepakatan wanita disetiap peringkat dalam memperjuangkan semangat parti masih tinggi.
Puan Rafiah binti Mohamad, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang, mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli ahli Wanita UMNO atas sumbangan dan kerja keras yang telah mereka lakukan. Beliau juga berharap agar Wanita UMNO Pasir Gudang terus mekar dengan keyakinan bahawa mereka akan terus memberikan sumbangan yang bermakna demi kepentingan parti dan masyarakat.
Program Semarak Kasih Sekalung Budi Aidilfitri 2023 ini memberikan peluang kepada anggota Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang untuk bersilaturahim dan merapatkan hubungan di antara satu sama lain. Melalui program ini, mereka dapat memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan semangat kebersamaan yang menjadi pendorong utama dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai wanita yang berkhidmat kepada parti dan negara.
Turut hadir Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, En Razani bin Abd Rauf, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang