Taman Scientex – Biro Kebajikan UMNO Bhg Pasir Gudang telah mengadakan penyerahan Kerusi Roda Wakaf kepada Puan Abshah binti Ahmad yang merupakan seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) yang tinggal di alamat No 39 Jalan Serindit 14, Taman Scientex.
Puan Abshah yang telah hilang penglihatan dan mengidap kencing manis yang kronik memerlukan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya saat menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis Prima Masai Utama setiap minggu.
Keluarga Puan Abshah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang atas sumbangan tersebut yang memudahkan pergerakan ibunya untuk melakukan aktiviti harian.
Sumbangan ini dilakukan sejurus menerima aduan daripada Ketua Wanita Bahagian, Pn Rafiah kepada Biro Kebajikan sebelum tindakan lanjuti penyerahan kerusi roda terbabit sebagai respons yang cepat bagi membantu meringankan beban penerima.
Turut hadir jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Ketua UMNO Cawangan Amanpuri, Encik Faizal