Seramai 48 orang bakal haji dirai oleh UMNO Bahagian Pasir Gudang dalam majlis yang diadakan di BZ Restoran Pengantin Taman Rinting. Majlis yang dihadiri YB Tuan Haji Baharudin Mohamed Taib, ADUN Permas merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian.
Majlis berlangsung pada jam 3 petang itu dihadiri bakal jemaah haji yang berasal daripada sekitar parlimen Pasir Gudang. Dalam ucapan YB Bahar, beliau mengharapkan agar jemaah haji menjaga kesihatan mereka sepanjang menjalankan ibadah tersebut. Beliau juga mengingatkan jemaah untuk sentiasa berfikiran positif dan saling membantu, tanpa mengira bangsa, demi membawa nama baik jemaah dari Malaysia.
Majlis ini bukan hanya merupakan persiapan jemaah haji secara praktikal, tetapi juga memberikan nasihat dan pengharapan agar para jemaah dapat melaksanakan ibadah haji dengan penuh keinsafan dan kesedaran. Semoga perjalanan mereka dalam menunaikan haji ini dipermudahkan dan mendatangkan keberkatan serta kebahagiaan.
Selain itu, UMNO Bahagian juga menyampaikan sedikit sumbangan daripada YB Ketua Bahagian sebagai tanda ingatan. Turut hadir dalam majlis ini adalah En Razani Abdul Rauf, Naib Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Puteri Bahagian, dan AJK UMNO Bahagian. Semoga majlis ini memberikan semangat dan pengalaman yang bermakna kepada para jemaah haji yang bakal berangkat.