3 RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DAPAT RUMAH TRANSIT SEMENTARA

3 keluarga yang ditimpa musibah akibat rumah mereka dilanda ribut semalam di Taman Desa Rakyat Perdana mendapat bantuan rumah transit sementara di Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa menginap sementara di Dewan Terbuka Taman Desa Rakyat Perdana dan ada yang terpaksa tinggal bersama saudara terdekat.

Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, YB Baharudin Mohamed Taib merangkap ADUN Permas menjelaskan, pemberian rumah transit ini diberi memandangkan rumah yang didami mengalami kerosakan teruk dan memakan masa untuk dibaik pulih.

Penyerahan rumah transit sementara ini juga merupakan kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang memberi bekalan air dan eletrik kepada mereka. Selain itu beberapa jenis perabut turut diberi kepada mangsa bagi keselesaan keluarga tersebut.

Selain rumah transit sementara, wang tunai dan barangan keperluan juga turut diberi kepada mangsa. Pihak yayayasan juga bergotong royong memindahkan barangan penting ke kediaman sementara.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top