Seramai 115 dari golongan yang memerlukan di kawasan Zon Taman Air Biru menerima sumbangan barangan keperluan daripada Yayasan Pasir Gudang di Masjid Al-Ulya, Taman Air Biru.
“Alhamdulillah dapat lah makcik beli barang sikit sampaikan ke raya ni” antara ucapan yang diungkap oleh penerima yang hadir pagi tadi.
Selain barang keperluan dapur yang disediakan oleh Yayasan Pasir Gudang, Kementerian Pendidikan Tinggi turut mengagihkan zakat berbentuk wang tunai kepada penerima bantuan.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga turut menyumbang bagi Program Bantuan Persekolahan Bagi Kawasan Pasir Gudang sebanyak RM 10,000