YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang hadir bagi merasmikan Pusat Jahitan Komuniti Yayasan Pasir Gudang di Rumah Pangsa Tasek 64.
Selaku Pengasas yayasan tersebut, pusat jahitan ini merupakan idea bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan bagi menambah pendapatan.
Sebagai Menteri Pendidikan juga, Datuk Seri Mohamed Khaled akan mengarahkan Kolej Komuniti Pasir Gudang untuk menjalinkan kerjasama dengan yayasan dan komunti bagi menjalankan beberapa program kemahiran pada masa akan datang.
Turut hadir YB Baharudin bin Mohamed Taib, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.