Pemuda UMNO Cawangan Johor Jaya 4 pada hari ini telah terlibat menjayakan program gotong-royong bagi membersihkan kediaman mangsa kebakaran di salah sebuah rumah yang juga merupakan ahli mereka di Jalan Bakawali 89, Taman Johor Jaya, Pasir Gudang. Saudara Elyas atau nama lebih dikenali sebagai Kadok, menjadi mangsa kebakaran yang terlah terbakar pada awal bulan yang lepas.
Gotong-royong yang diketuai oleh Ketua Pemuda Cawangan Johor Jaya 4, Saudara Wan Syah berkata “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang menjayakan program ini”
Turut terlibat ialah sukarelawan yang membantu termasuk MBJB(Skuad Kilat), Skuad Sabil Pasir Gudang, Pemuda UMNO Pasir Gudang dan Ahli Majlis, En Sam Chong.
Pengerusi Skuad Sabil Pasir Gudang, Saudara Nazri Bin Tangis dan juga Setiausaha Ketua Kampung Senibong, Pak Habib serta Setiausaha Ketua Kampung Kg Melayu Panda, Ezan Jumat telah mengerahkan skuad dan teamnya nya dalam segi pembersihan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh Saudara Elyas.