Pada awal siang tadi, ADUN Permas, YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib telah melakukan lawatan kerja membaik pulih lebuhraya Pasir Gudang bersama YB Tuan IR.TS. Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh yang selaku sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor dalam EXCO kerajaan Negeri Johor.
Banyak perkara yang dibincangkan terutamanya tentang kualiti dan jangka hayat tar yang digunakan memandangkan lebuhraya Pasir Gudang kerap berlubang terutamanya ketika musim hujan.
Maklum balas daripada YB Tuan IR. TS. Fazli Salleh :
- Peruntukan sebanyak RM 1.2juta akan digunakan untuk proses pembaikpulih lebuhraya dan diramalkan akan bermula pada bulan Mei 2023.
- Simen konkrit (concrete) akan digunakan di Persimpangan Jalan Pasir Gudang – Jalan Emas – Jalan Bandar.
- Kaedah Hot In-Place Recycling (HIPR) akan digunakan untuk penampalan lubang (pothole) di Pasir Gudang kerana kaedah ini akan memberi ketahanan yang lebih tinggi dan boleh bertahan sekurang-kurangnya setahun dan kemasan yang lebih berkualiti.
Dengan maklum balas ini dan semoga apa yang dirancang, dilaksanakan dengan pantas supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada rakyat Pasir Gudang yang saya kasihi semua.
Kepada Allah Berserah.