Pada tengah hari tadi, ADUN Permas, YB Baharudin Bin Mohamed Taib menghadiri untuk melawat Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 di Balai Serbaguna Komuniti Tasek 64.
Pusat Jahitan ini ditubuhkan diatas usaha Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan kesemua mesin jahit ini disediakan secara percuma.
Tujuannya adalah bagi membantu golongan sasar yang mempunyai kemahiran tetapi tidak mempunyai peralatan menjahit, boleh menjana pendapatan melalui perkhidmatan menjahit.
Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga adalah Pengerusi YPG, berasa teramat gembira dengan usaha ini kerana ianya dapat membantu golongan sasar di kawasan ini menjana pendapatan, menambahkan ekonomi keluarga dan mungkin suatu hari nanti boleh memiliki peralatan menjahit dan kedai sendiri.
Jahitan-jahitan yang bakal ditawarkan adalah seperti jahitan baju kurung, baju melayu, langsir dan lain-lain lagi.
Bertepatan dengan bulan Ramadhan tidak lama lagi, sudah tentulah ramai yang mahu mencari tempat untuk menempah baju, langsir manakala penjahit-penjahit dapatlah mencari pendapatan untuk berhari raya.
Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang juga akan berusaha dan terus berusaha, untuk membantu menambahkan lagi ekonomi keluarga Pasir Gudang kita dan suatu hari nanti melahirkan ramai usahawan berjaya, inshaaAllah.