TERKINI
Angka kematian yang disahkan: 2,441 orang
Cedera: 12,013 orang
Masih hilang: 2,000+ orang
Diselamatkan: 2,800 orang
Bangunan Runtuh: 3500+ bangunan
Turki > 1,541 maut dan 9,733 cedera
Syria > 900 maut dan 2,280 cedera
Di dalam kiriman facebook rasmi ADUN Permas, YB Hj Baharudin Bin Mohamad Taib, beliau berasa
pilu hati apabila melihat keadaan Turki dan Syria setelah dilanda gempa bumi berskala 7.8 Richter pada hari Isnin 6 Februari lepas.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu memohon kepada kesemua rakyat Pasir Gudang agar marilah bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat di kedua-dua buah negara itu dan semoga Allah swt menempatkan roh mangsa yang telah meninggal dunia bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
~ “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya akan kembali kepadaNya.
Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan gantilah dengan yang lebih baik”
Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin
#PrayforTurkeySyria