ADUN Permas, YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib, telah hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Wellness Corner di Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang hari ini.
YB yang mesra dikenali sebagai Hj Bahar itu berkata Wellness Corner ini bertujuan menjadi sudut saingan kesihatan di peringkat komuniti dan ini akan memudahkan penduduk setempat untuk menjalankan saringan kesihatan tubuh badan.
Sukarelawan MyCHAMPION akan menjalankan saringan ini dengan menggunakan peralatan yang ditaja oleh rakan strategik iaitu Biocon Sdn.Bhd.
Yb Bahar yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu mengucapkan jutaan tahniah kepada kesemua ahli KRT Perjiranan 9, sukarelawan KOSPEN dan COMBI khusunya ahli FastTeamCOMBI sebagai MyCHAMPION, dan kesemua yang terlibat menjayakan program ini.
Turut hadir bersama, Ahli Majlis Air Biru, Encik Ed Baela Bin Muhalajah yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang.
