Menjunjung titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Pembukaan Penggal Kedua Majlis Parlimen Ke-15.
Tuanku bertitah agar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) supaya terus diperkasa berdasarkan keperluan semasa industri setempat. Selain itu, Tuanku juga mendukung langkah meningkatkan tahap kemahiran pekerja bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Ini termasuklah penyediaan prasarana dan infrastruktur institusi pendidikan yang selamat dan kondusif.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Sari Khaled yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu juga berkata akan merangka pendekatan strategik dan akan pastikan agenda pemerkasaan pendidikan tinggi negara dapat dicapai. Menjunjung kasih Tuanku.