YB Bahar Hadir Majlis Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina

Majlis Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina

Pada hari ini, YB Haji Baharudin Bin Mohamad Taib, ADUN Permas telah menghadiri majlis ramah mesra sempena Tahun Baru Cina bersama ahli Persatuan Association of Malaysia Hauliers (AMH) Johor, Jawatankuasa Malaysia dan Pemegang Taruh Pelabuhan Johor.

YB Bahar yang juga sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berterima kasih dan berasa bersyukur apabila diberi kepercayaan untuk mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke majlis ramah mesra sempena Tahun Baru Cina bersama AMH Johor, Jawatankuasa Malaysia dan Pemegang Taruh Pelabuhan Johor.

“Alhamdulillah selain beramah mesra, saya juga sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada industri pengangkutan yang merupakan salah satu pemacu teramat penting kepada ekonomi negeri Johor Darul Takzim dan juga negara.” ujar Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu dalam laman rasmi facebook beliau.

Yb Bahar Hadir Majlis Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina - Program &Amp; Komuniti
YB Bahar Hadir Majlis Ramah Mesra Sempena Tahun Baru Cina - 2, UMNOPG

Baharudin Taib juga berkata bahawa di antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian adalah membangunkan industri pengangkutan dengan lebih liberal di peringkat Asia dan menjadikan negeri Johor sebagai hab (hub) utama hubungan dengan negara luar.

Selain itu, perkhidmatan pengendalian kargo, kontena, perkhidmatan gudang dan penyimpanan juga perlu diberi pemerhatian dan penambahbaikan.

“Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kerana sudi mewakilkan saya dan jutaan terima kasih kepada Persatuan AMH kerana sudi menerima kehadiran saya di majlis sambutan Tahun Baru Cina ini.” kata beliau.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top