Pelancaran UCSI University, Kampus Bangladesh

Khaled Merasmikan pelancaran UCSI University, Kampus Bangladesh

Hari ini Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga merupakan Naib Presiden UMNO telah merasmikan pelancaran UCSI University, Kampus Bangladesh di Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur. Turut hadir YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, Pro-Canselor UCSI, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah JPT, YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Naib Canselor UCSI, YBhg. Dato’ Peter Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif UCSI Group serta pengurusan kanan universiti.

Pelancaran Ucsi University, Kampus Bangladesh - Berita
Pelancaran UCSI University, Kampus Bangladesh - 3, UMNOPG

Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu mengucapkan tahniah kepada UCSI University atas pertumbuhan yang progresif dan kemajuan yang pesat sepanjang dekad yang lalu.

Menurut Ketua Bahagian UMNO Pasir Gudang itu, pelancaran kampus cawangan Bangladesh in merupakan langkah penting ke arah pengantarabangsaan yang lebih meluas. Beliau berharap supaya IPTS lain turut melaksanakan usaha yang sama bagi memantapkan imej dan kualiti pendidikan tinggi negara.

Diplomasi pengetahuan merupakan aspek penting dalam membina jambatan persefahaman antara masyarakat dan negara luar. Kerjasama melalui perkongisan ilmu, kemahiran dan kepakaran mampu meningkatkan akses dan ekuiti pembangunan modal insan di kedua negara.

Pelancaran Ucsi University, Kampus Bangladesh - Berita
Pelancaran UCSI University, Kampus Bangladesh - 4, UMNOPG

Akhir sekali, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu menekankan supaya usaha in perlu melibatkan kerjasama jitu pelbagai pihak bagi memastikan kejayaannya. Ini antara sebab mengapa beliau tidak meletakkan perbezaan antara IPTA dan IPTS kerana keduanya merupakan universiti tanah air.

Kejayaan mana-mana IPT adalah kejayaan kita bersama.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top