Perpaduan Bersama, Pasir Gudang Bahagia
Pengerusi Yayasan Pasir Gudang yang juga selaku ADUN Permas, YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib atau lebih dikenali dengan Hj Bahar telah mengunjungi dua keluarga yang berbangsa Tiong Hua yang bertempat di sekitar kawasan perumahan Taman Rinting.
Rumah pertama yang dikunjungi adalah rumah Puan Lim Mok Yee di Rumah Pangsa Balau, Blok H, Taman Rinting. Beliau adalah seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian kerana kesemua anak-anak beliau sudah berhijrah dan bersama keluarga masing-masing.
Rumah kedua pula yang Hj Bahar kunjungi adalah rumah Encik Yow Low di Jalan Cendana 6, Taman Rinting. Beliau merupakan bapa tunggal yang tinggal bersama 4 orang anak dan seorang cucu OKU. Beiau berasa tersangat sebak kerana disambut mesra oleh kedua-dua buah keluarga penerima ini.
Dengan wajah seribu pengharapan terukir di wajah mereka, kelihatan raut wajah muka Hj Bahar hampir tidak dapat menahan perasaan apabila melihat mereka gembira apabila menerima sumbangan tadi. Saya sentiasa meraikan kepelbagaian bangsa dan menitikberatkan kesejahteraan rakyat Pasir Gudang kita. Sikap berkasih sayang dan bantu membantu, adalah sikap yang wajib ada didalam kamus hidup kita semua.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Yong Kok Leong, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Puan Shahirah Ismail yang kesemuanya adalah selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YPG serta Puan Rohani Bte Ahmad (AJK Wanita UMNO Cawangan Taman Rinting) kerana sudi bersama saya pagi ini.
Semoga dengan kunjungan ini, akan mengeratkan lagi hubungan kita semua demi “Perpaduan Bersama, Pasir Gudang Bahagia”
Kepada Allah Berserah.