Sejak semalaman, hujan yang turun tidak berhenti-henti di beberapa buah daerah Johor, PKOB Daerah Johor Bahru telah DIAKTIFKAN sebagaimana berikut:-
Tarikh | 25 Januari 2023, Rabu ( Bermula 6.00 Petang) |
Masa Operasi | 8.00 Pagi – 10.00 Malam |
Tempat | Bilik Taklimat, Pejabat Daerah Johor Bahru |
Sehubungan itu, ADUN Permas, YB Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang berharap, penduduk di dalam daerah Johor Bahru khususnya penduduk di bawah jagaan beliau iaitu DUN Permas termasuk Pasir Gudang patuh dengan arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa, terutama membabitkan arahan untuk membuat persediaan awal atau diberi arahan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan.
“Saya juga minta seluruh rakyat Johor supaya melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya negeri kita tidak dilanda dengan banjir besar,” katanya.
Senarai Mukim-mukim yang terletak di dalam Daerah Johor Bahru
Nama Mukim | Nama Penghulu | No Tel |
---|---|---|
1. Mukim Bandar | En. Hairul Bin Hamid (Tanggung Kerja) | 013-7421216 |
2. Mukim Tebrau | En. Hairul Bin Hamid | 013-7421216 |
3. Mukim Pulai | Haji Zainuddin Bin Zainal Abidin | 019-7607175 |
4. Mukim Jelutong | En. Mohamad Muhaimin Bin Hussin | 017-7912843 |
5. Mukim Tanjung Kupang | En. Mohamad Faiz Bin Mohd Pandi | 013-7131718 |
6. Mukim Plentong | En. Mohd Nurulfaiz Bin Aman | 012-7697939 |
7. Mukim Sungai Tiram | En. Mohd Afiff Bin Mohd Adzhar | 019-7266960 |