Sambutan Hari OKU Peringkat PKPDK Permas Jaya 2022

Sambutan Hari OKU Peringkat PKPDK Permas Jaya 2022

YB Hj Baharudin Bin Mohamed Taib yang juga sebagai Timbalan UMNO Bahagian Pasir Gudang telah merasmikan majlis yang sangat bermakna iaitu sambutan ‘Hari OKU Peringkat PKPDK‘ Permas Jaya yang di adakan di Jade Hall, Kota Masai.

Selain meraikan insan-insan istimewa ini, majlis ini juga bertujuan bagi menggalakkan hak, kesejahteraan, pemerkasaan dan kesaksamaan Orang Kurang Upaya (OKU) ini didalam aspek pembangunan diri dan sosial.

Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah insan yang lemah walaupun mereka mempunyai ketidakupayaan fizikal atau mental. Akan tetapi, kekuatan mereka didalam menjalani kehidupan seharian yang penuh cabaran ini sering menjadi inspirasi kepada saya dan juga golongan bukan OKU.

Namun begitu, mereka masih memerlukan kemudahan dan bantuan bagi memudahkan mereka menjalani rutin harian dengan aman sejahtera dan selamat. Oleh kerana itulah Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) memainkan peranan yang teramat penting didalam menjaga kesejahteraan OKU ini.

Diantara peranannya adalah menjalankan aktiviti pemulihan, pembelajaran dan kegiatan lain yang mengikut kurikulum yang ditetapkan seperti mengurus dan mengemaskini rekod, serta mengadakan lawatan ke rumah keluarga OKU (seminggu sekali) turut dijalankan oleh PKPDK.

Sambutan Hari Oku Peringkat Pkpdk Permas Jaya 2022 - Program &Amp; Komuniti
Sambutan Hari OKU Peringkat PKPDK Permas Jaya 2022 Oleh YB Baharudin Bin Mohamed Taib

ADUN Permas iaitu YB Hj Baharudin Taib juga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Adnan Bin Md. Yassin dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru (PKMDJB) dan Puan Zuraidah Bte Idris selaku Pengerusi PDK Permas, kerana sudi bersama merasmi dan memeriahkan majlis yang diberkati Allah swt ini. Selain itu ucapan jutaan terima kasih kepada pelatih, ibu bapa pelatih dan kesemua ahli jawatankuasa yang turut serta bagi menjayakan program ini.

Andalah Wira Kami.

#OKUDihatiku
#YBbersamarakyat
#keranamupasirgudang

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top