Perasmian Sambungan Jalan Plentong Baru 3, Kg Plentong Baru

merasmikan majlis pembukaan Jalan Plentong Baru 3 yang bertempat di Kampung Plentong Baru.

Serta Perancangan Perlaksanaan Agrotourism.

Pada pagi ini ADUN Permas, YB Hj Baharudin Bin Mohamad Taib telah dijemput untuk merasmikan majlis pembukaan Jalan Plentong Baru 3 yang bertempat di Kampung Plentong Baru. Turut hadir bersama Ketua Kampung Senibong, Abd Rahim Bin Moen yang juga dikenali sebagai Tok Rahim yang juga bertanggungjawab menjaga salah sebuah kawasan beliau.

Laluan ini dibuat diatas tanah persendirian yang di miliki oleh syarikat Mdm.Ching’s Sunrise Resort Sdn.Bhd. demi membantu mempermudahkan laluan harian penduduk Kg.Plentong Baru serta ibu, bapa dan pelajar di SJK (C) Peng Hwa 2. Dengan adanya jalan baharu ini, selain masalah banjir dapat diselesaikan ianya juga akan dapat mengurangkan kesesakan di waktu puncak iaitu ketika pelajar-pelajar tamat sesi persekolahan. Bas sekolah, kenderaan ibu bapa kepada pelajar dan juga penduduk kampung, tidak lagi terpaksa menempuh jalan yang sesak dan sempit setiap hari yang kadangkala memakan masa yang tersangat lama.

Selain itu, perancangan untuk melaksanakan agrotourism di tanah pemilik ini juga sedang giat diperhalusi dan dirancang.

“(Agrotourism atau juga dikenali sebagai Agropelancongan” adalah satu konsep pelancongan berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan)”

Manfaat dari perlaksanaan ini adalah ianya boleh mencipta peluang pekerjaan yang banyak serta menceburi bidang perniagaan kepada penduduk di kampung ini. Di samping itu, ianya juga boleh mewujudkan sektor perlancongan contohnya seperti Cameron Highlands supaya penduduk tempatan dapat meningkatkan taraf hidup serta ekonomi mereka.

Timbalan Ketua Bahagian Pasir Gudang itu juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Mdm.Ching’s Sunrise Resort di atas jalan baharu ini dan juga jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Plentong Baru kerana sudi menjemputnya merasmikan majlis pagi ini.

Kepada Allah Berserah.

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top