Pemain Industri Digalak Jalin Hubungan Dengan IPT – Khaled

Pemain Industri Digalak Jalin Hubungan Dengan IPT – Khaled

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggalakkan pemain industri menjalin hubungan baru dengan institusi pendidikan tinggi negara bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan graduan.

Menterinya Datuk Seri Khaled Nordin juga menggesa pemain industri untuk turut menjalin hubungan strategik dengan politeknik sebagai alternatif melahirkan tenaga kerja yang sesuai dengan pasaran semasa.

“Hari ini (semalam) menerima kunjungan hormat daripada Persekutuan Maiikan-Majkan Malaysia (MEF) yang diketuai Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman, selaku Presiden MEF serta pimpinan kanannya,” catatnya di Facebook, pada Khamis.

Menurut Khaled, kunjungan ini bertujuan untuk menerangkan tentang keadaan semasa serta perancangan MEF pada masa akan datang. MEF berperanan penting sebagai jambatan antara pemain industri dan institusi pendidikan tinggi negara.

“Saya minta MEF mengorak langkah proaktif dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran terutamanya dalam kalangan graduan.

“Saya galakkan agar pemain industri menjalinkan hubungan baharu dengan politeknik sebagai alternatif untuk melahirkan tenaga kerja yang sesuai dengan pasaran semasa.

“Saya menyambut baik pandangan serta cadangan kurikulum yang perlu diterapkan dalam institusi pendidikan tinggi. Usaha ini perlu dilakukan secara bersama bagi memastikan perancangan dan matlamatya tercapai,” katanya.

Sumber : Suara TV

Facebook
WhatsApp
Telegram
Twitter
Pinterest
Scroll to Top